Wednesday 7 December 2011

pintar bahasa



KATA SENDI

BIL
KATA SENDI NAMA
KETERANGAN
AYAT CONTOH

 1
DI

Menerangkan tempat atau arah
Kakaknya bekerja di Johor Bahru.
 2
KE

Menunjukkan arah
Menyatakan masa
Mereka akan ke sekolah esok.
Latihan rumah sukan telah dilanjutkan hingga ke  pukul 6.30 petang

 3
DARI

Menyatakan arah
Menyatakan masa

Rosli baru sampai dari kampung
Saya menunggu kamu dari pukul 6.00 pagi
 4
DARIPADA
Menyatakan asal/punca
Membuat perbandingan

Beg itu diperbuat daripada kulit
Roslan lebih tinggi daripada abangnya
 5
KEPADA
Menerangkan manusia,haiwan,pecahan,dan perubahan keadaan

Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
 6
PADA
Menerangkan waktu,haiwan,tempat,orang,dan benda.

 Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
Beg duit kamu ada pada saya
 7
BAGI

Menerangkan kegunaan sesuatu
Kereta itu bagi kegunaan pejabat sahaja.
 8
DEMI
Menerangkan tujuan
Menerangkan urutan
Demi keselesaan rakyat, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan awam.
Seekor demi seekor burung itu dilepaskan

 9
TENTANG
Menerangkan perihal sesuatu,rujukan sesuatu yang umum.

Mereka berbincang tentang masalah sekolah.
 10
SEJAK/SEMENJAK
Digunakan di hadapan kata nama yang menerangkan waktu atau masa.

Sakinah sentiasa sugul sejak kematian ibunya.
 11
UNTUK
Menerangkan kegunaan sesuatu dan
bahagian yang diperuntukkan.

Rumah untuk pekerja-pekerja sedang dibina.
Bantuan kewangan itu adalah untuk orang-orang  miskin

 12
OLEH
Menunjukkan sebab dan akibat

Pencuri itu ditangkap oleh polis.
 13
AKAN
Menunjukkan emosi atau sikap

Kami sungguh benci akan kelakuannya yang buruk itu

 14
DENGAN
Maksud bersama-sama
Keterangan cara
Maksud memakai
Perbandingan

Hanita ke perpustakaan dengan Hakimie
Datuk menderma dengan hati yang ikhlas
Tipah makan dengan menggunakan sudu
Keretanya sama dengan kereta ayah saya
 15
ANTARA
Menunjukkan dua pihak atau perkara

Mereka berbincang antara adik-beradik.
 16
SEPERTI/BAGAI/
UMPAMA/LAKSANA/
BAK
Menunjukkan persamaan atau  perbandingan


Hatinya keras seperti batu.
 17
DALAM
Menerangkan jarak lingkungan yang tiada ruang atau jarak

Saya tidak terlibat dalam urusan mereka.
 18
HINGGA/SAMPAI
Menerangkan masa,tempat atau waktu
Pengawal itu berjaga hingga pagi.




KATA HUBUNG
Kata Hubung Gabungan: Kata hubung yang menyambung ayat dengan ayat


BIL
KATA HUBUNG
GABUNGAN

KETERANGAN
AYAT CONTOH

 1
DAN
Untuk menggabungkan unsur yang sama.


 2
SERTA

Unuk menyatakan maksud bersama-sama

 3
SAMBIL

Sesuatu yang dilakukan lebih daripada satu dalam masa yang sama

 4
BAHKAN,LAGI
Menunjukkan tambahan atau lebihan kepada yang sedia ada



  5
ATAU
Uutuk menunjukkan pilihan


  6
TETAPI
Untuk menunjukkan dua perbuatan yang bertentangan

  7
LALU,SERAYA
Untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturutan.

  8
MAKA

Menyatakan maksud kerana itu

  9
KECUALI

Untuk menunjukkan pengecualian

 10
MALAHAN

Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah

 11
MELAINKAN
Menunjukkan hanya


 12
PADAHAL,SEDANGKAN
Menunjukkan keadaan yang sebenar



Kata Hubung Pancangan: Menyambung satu bahagian ayat dengan bahagian ayat yang lain.

BIL
KATA HUBUNG
PANCANGAN
PENGGUNAAN
AYAT CONTOH
  1
YANG
Menjelaskan kata keterangan berikutnya


  2
BAHAWA
Menjelaskan isi atau huraianan


  3
UNTUK
Menunjukkan khusus


  4
AGAR, SUPAYA
Menunjukkan tujuan atau maksud


  5
ANDAI KATA
Menunjukkan misal atau jika


  6
APABILA
Menunjukkan akibat


  7
BIARPUN, KENDATIPUN
MESKIPUN, WALAUPUN
SUNGGUHPUN

Menunjukkan pertentangan kenyataan dengan
kenyataan yang sebelumnya

  8
HINGGA, SEHINGGA,
SAMPAI
Menunjukkan had tertentu

  9
JIKA, KALAU, SEKIRANYA
Menunjukkan syarat

  10
KERANA, LANTARAN
Menunjukkan sebab


  11
KETIKA, TATKALA
Menunjukkan pada masa itu


  12
MANAKALA
Menunjukkan sesuatu yang berlawanan


  13
SEBELUM
Menunjukkan belum berlaku


  14
SEJAK, SEMENJAK
Menunjukkan bermula sesuatu


  15
SELAGI
Menunjukkan belum selesai


  16
SELAMA
Menunjukkan tempoh waktu


  17
SEMENTARA
Menunjukkan sesuatu sedang berlaku ketika sesuatu perkara sedang berlaku




KATA GANTI  NAMA DIRI
KATA GANTI
NAMA DIRI PERTAMA

PENGGUNAAN                                                       

AYAT CONTOH
Aku
Ketika bercakap dengan rakan atau Tuhan

“Berikan aku pen itu,” kata Rosli kepada Nazri
Saya
Semasa bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenalinya.

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan sekalian.
Beta
Semasa raja/sultan bertitah kepada rakyat

Beta murka  dengan kelakuan tuan hamba.
Patik
Semasa golongan bawahan bercakap dengan raja

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun
Hamba
Sebagai kata ganti nama diri pada zaman dahulu

Siapakah gerangan tuan hamba?
Kami
Mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain

Kami akan belajar bersungguh-sungguh,” kata mereka.
Kita
Untuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.

Di manakah kita sekarang?
Daku
Digunakan dalam puisi  dan lirik

…..kenang daku dalam doamu…
               

KATA GANTI
NAMA DIRI
KEDUA

PENGGUNAAN

AYAT CONTOH
Awak

Digunakan apabila bercakap dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat

“Mengapakah awak menangis?” kata Azizah kepada Aziz.
Kamu
Digunakan apabila  bercakap dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat

Kamu sudah makan?” tanya Munir kepada Munira.
Anda
Digunakan dalam suasana rasmi atau iklan

“Keputusan terletak dalam tangan anda,” kata Cikgu Siti Tijah.

Engkau
Digunakan apabila bercakap dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat

“Di manakah engkau letakkan buku aku tadi?” tanya Hafiz kepada Hafizah.
Dikau
Digunakan dalam tulisan atau lirik

dikaulah intanku selamanya….
Tuanku
Digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja

“Titah tuanku akan patik segerakan,” kata Menteri Besar itu.
Tuan hamba
Digunakan pada zaman dahulu apabila bercakap dengan orang biasa

“Mengapakah tuan hamba berduka?” tanya Hang Tuah kepada Kenchana.
Tuan/puan
Digunakan apabila bercakap dengan orang yangdihormati atau dalam majlis rasmi

Tuan dan puan perlu mengisi borang ini dengan lengkap.
Saudara/saudari
Digunakan apabila bercakap dengan orang biasa
dalam sesuatu majlis umum
“Boleh saya bantu saudara?” tanya penyambut tetamu itu.

Kalian
Digunakan apabila bercakap dengan orang yang melebihi daripada seorang

Kalian pulanglah dahulu,” kata Tok Penghulu kepada orang-orang kampung.

KATA GANTI
NAMA DIRI
KETIGA

PENGGUNAAN

AYAT CONTOH
Dia
Digunakkan untuk merujuk kepada orang biasa
Dia pun tidak tahu apa-apa yang berlaku,” kata Samy kepada Vellu

Ia
Digunakan untuk merujuk kepada orang biasa.

“Ia akan mengikut kamu nanti,” kata Ali kepada Baba.
Beliau
Digunakan untuk merujuk kepada orang yang dihormati

Cikgu Yusri seorang guru disiplin .Beliau tegas dan bertanggungjawab.
Baginda
Digunakan apabila bercakap merujuk kepada sultan atau raja
Sultan Johor berangkat ke Stadium Larkin.Baginda hendak menyaksikan perlawanan bola sepak.

Mereka
Digunakan apabila bercakap merujuk kepada dua orang  atau lebih
Salleh dan Salleha ke sekolah. Mereka hendak mengikuti kelas tambahan.


KATA  SERU

KATA SERU

PERASAAN
CONTOH PENGGUNAAN
Aduh
sakit
Aduh, sakitnya perutku ini!

Aduhai
Sedih, sayu
Aduhai, sungguh malang nasib orang tua itu!

Ah
Tidak setuju atau menolak sesuatu
Ah, aku tidak setuju dengan cadangannya!

Amboi
Kagum
Amboi, cantiknya pertunjukan bunga api itu!

Ceh
Mengejek
Ceh, baru sebulan bekerja sudah hendak tunjuk pandai!

cis
Marah,benci, tidak suka
Cis, berani sungguh dia datang ke mari!

Eh
Hairan,terkejut,terperanjat
Eh, pemadam saya tadi ada di sini!

Hai
Menegur atau menarik perhatian
Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

Nah
Menyatakan persetujuan,menarik perhatian, geram
Nah, ambillah balik semua buku kamu ini!

Oh
Kecewa,kesal,teringat
Oh, tidak kusangka dia sanggup berbuat demikian!

Syabas
Gembira,berpuas hati
Syabas, kamu telah terpilih sebagai pelajar cemerlang!

Wah
Kagum
Wah, besarnya halaman rumah kamu!

Wahai
Menarik perhatian
Wahai, anak-anakku , hormatilah orang-orang tua!




KATA PEMERI
Kata pemeri ialah menghubungkan subjek frasa nama dengan predikat frasa nama      

Subjek (frasa nama)
Kata pemeri
Predikat (frasa nama)

Encik Dollah


ialah
seorang  guru Bahasa Melayu

Bahasa rasmi negara Malaysia
Bahasa Melayu

Permainan komputer itu
hadiah hari lahir saya

                                       
Kata pemeri adalah menghubungkan subjek frasa nama dengan subjek frasa adjektif atau frasa sendi nama.  
Subjek (Frasa nama)
Kata pemeri
Predikat (Frasa adjektif)

Rencana itu

adalah
sangat membosankan

Ubat tradisional itu
pahit sekali

                         
Subjek (frasa nama)
Kata pemeri
Predikat (frasa sendi nama)

Buku latihan ini

adalah
untuk murid tahun 6A4

Senarai nama murid
seperti dalam lampiran


KATA PERINTAH
Kata perintah ialah kata yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindakan.

KATA PERINTAH
FUNGSI
CONTOH PENGGUNAAN
Jangan
Usah


larangan
Jangan bermain di tepi jalan raya.
Usahlah ditangisi pemergiannya.
Sila
Jemput

silaan

Sila duduk sebentar.
Jemputlah makan.

Minta
Tolong
Harap


permintaan
Minta saudara dan saudari ke belakang sedikit
Tolong beratur di tepi kelas
Harap kamu tidak lupa pesanan saya


KATA BANTU
Kata bantu ialah kata tugas yang membantu predikat ayat. Kata ini hadir sebelum frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

KATA BANTU ASPEK
Kata bantu ini berkaitan dengan masa

Aspek Masa
Kata Bantu Aspek

Contoh Penggunaan


Masa lampau
telah

Dia telah berjaya melepasi had kelayakan  masa itu
sudah

Nazri sudah menyiapkan semua kerja sekolahnya.
pernah

Kami pernah ke Pulau Besar dua tahun yang lalu.

Masa kini
masih

Emran masih bermain di padang walaupun hujan turun.
sedang

Budak itu sedang mewarna gambar Jalur Gemilang.

Masa hadapan
akan

Sakinah akan ke Kota Tinggi pada petang ini.
belum

Air yang dijerang itu belum mendidih lagi.


KATA BANTU RAGAM
Kata bantu ini berkaitan dengan perasaan dan perbuatan.

Ragam Perasaan

Kata Bantu Ragam
Contoh Penggunaan
Tidak boleh
tidak
mesti
Kamu mesti meninggalkan tabiat buruk itu.

hasrat

hendak

Saya hendak ke Pulau Pinang pada hujung tahun ini.
mahu

Tidak siapa yang mahu memegang jawatan itu.

keupayaan

boleh

Kamu boleh pilih yang ini atau yang itu .
dapat

Dia dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan.
patut

harus
Kita harus   bersabar dalam menempuh dugaan hidup.

No comments:

Post a Comment