Wednesday 7 December 2011

lembah pemahaman 4


PEMAHAMAN 31
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru-guru Besar, guru-guru, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana serta tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian. Berdirinya saya di atas pentas ini untuk mempertahankan tajuk perbahasan hari ini iaitu “Hidup di rumah kampung lebih baik
daripada hidup di rumah pangsa".
Hadirin sekalian,
                Rumah kampung biasanya terdapat di kampung-kampung. Ini bermakna suasananya jauh lehih baik daripada rumah pangsa yang banyak terdapat di bandar. Udara di kampung bersih, jauh daripada kebisingan dan kesesakan lalu lintas. Dengan ini penghuni rumah kampung
menikmati hidup dengan bahagia. Oleh sebab rumah pangsa terdapat di bandar-bandar, kita dapati rumahnya bukan sahaja bertingkat-tingkat,
malahan setiap rumah ada satu dua bilik yang sempit. Ini menyebabkan penghuninya berasa selesa.
Tuan-tuan dan puan-puan,
                Bukan itu sahaja masalah hidup di rumah pangsa. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila diadakan majlis perkahwinan atau kenduri
kendara. Mereka terpaksa menyewa dewan atau tempat khas yang disediakan di ruangan bawah blok rumah pangsa itu. Sebelum ini, tempat
khas itu dijadikan tempat meletak kereta.
                Sebaliknya keadaan ini tidak dialami oleh penghuni rumah kampung. Halaman rumah kampung biasanya lapang serta teduh oleh
naungan pokok-pokok Hal ini juga menyebabkan penghuni rumah kampung boleh bercucuk tanam. Pendeknya kalau ringan tulang mereka
tidak perlu membeli sayur-mayur di pasar.
Penghuni rumah pangsa pula sekadar boleh menanam pokok bunga yang diletakkan di sepanjang beranda.
Hadirin yang dihormati sekalian,
                Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, ternyatalah bahawa hidup di rumah kampung lebih baik daripada hidup di rumah pangsa
kampung lebih baik daripada hidup di rumah pangsa. Sekian, terima kasih.

1  Orang yang hidup di rumah kampung lebih bahagia kerana
   A   udara di kampung bersih dan tiada pencemaran bunyi
   B   rumah mereka terdapat di kampung-kampung
   C   mereka tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas
   D   bentuk rumah mereka yang cantik

2  Mengapakah penghuni rumah pangsa berasa tidak selesa?
   A   Kerana rumah mereka bertingkat-tingkat.
   B   Kerana rumah pangsa terdapat di bandar-bandar.
   C   Kerana bilik-biliknya yang sempit.
   D   Kerana mereka tidak boleh bercucuk tanam.

3   Berikut ialah masalah-masalah hidup di rumah pangsa kecuali
   A   susah hendak mengadakan kenduri
   B   bilik atau rumah yang sempit
   C   keadaan udara yang tercemar
   D   kekurangan tanah di Bandar

4   Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
   A   pembahas mengagak sahaja keadaan di rumah pangsa
   B   pembahas arif benar keadaan di kedua-dua jenis rumah itu
   C   pembahas faham tajuk yang dibahaskannya itu
   D   pembahas menetap di kampung

5   Perkataan dikemukakan sama maksudnya dengan
   A   diberitahu
   B   diutarakan
   C   diterangkan
   D   diberikan

PEMAHAMAN 32
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

                Empat kawasan tukun tiruan dibina di Kota Bharu dan Semerak untuk faedah lebih tujuh ribu nelayan bubu dan nelayan tradisional di
negeri ini.Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia cawangan Kelantan, Encik Hashim Muda berkata dengan adanya tukun tiruan itu
nelayan-nelayan berkenaan dapat meneruskan pekerjaan menangkap ikan dan memancing walaupun pada musim banjir.
                Tukun-tukun itu dibina sejak tahun lalu dari tayar-tayar buruk dengan menelan belanja sebanyak RM 56 000.00.Tahun ini pihak
berkenaan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM 30 000.00 bagi projek yang sama.
                Kawasan pembinaan tukun-tukun itu akan diperbesarkan dari masa ke semasa bagi mengurangkan perbelanjaan nelayan pantai
membina tukun sendiri. Langkah ini akan dapat membantu mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi oleh nelayan kecil. Sebelum ini,
nelayan-nelayan tradisional menggunakan daun kelapa untuk membina tukun-tukun mereka yang hanya tahan beberapa tahun sahaja
berbanding dengan tukun tayar getah.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan tukun tiruan ?
    A. Tukun yang tidak asli, tempat ikan bermain.
    B. Tukun yang dibina daripada tayar buruk.
    C. Tukun yang dibina daripada daun kelapa.
    D. Tempat ikan bermain di bawah tayar kereta.

2. Nelayan tradisional ialah
    A. Nelayan kecil yang menggunakan sampan.
    B. Nelayan yang menggunakan teknik moden.
    C. Nelayan bot kecil yang menggunakan tuba.
    D. Nelayan yang menangkap ikan dengan cara lama.

3. Apa pentingnya tukun tiruan kepada nelayan bubu dan nelayan tradisional ?
    A. Memukat banyak ikan di kawasan tukun.
    B. Peluang nelayan memancing ikan di waktu kemarau.
    C. Memelihara dan mengumpul seberapa banyak ikan.
    D. Nelayan dapat menangkap ikan di musim tengkujuh.

4. Kenapakah tukun tiruan lebih tahan lama berbanding dengan tukun daun kelapa ?
    A. Tayar getah tidak reput dengan air masin.
    B. Tukun daun kelapa mudah reput dan hancur.
    C. Tukun tayar buruk tahan lama lagi.
    D. Daun kelapa sama seperti tayar getah.

5. Maksud mengurangkan perbelanjaan ialah
    A. Meringankan bebanan nelayan.
    B. Membantu perbelanjaan nelayan.
    C. Menolong kehidupan nelayan.
    D. Memberi wang kepada nelayan.

PEMAHAMAN 33
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

                Semua orang kenal pokok kelapa. Aku berasal daripada salah satu bahagian pokok kelapa iaitu lidi. Bahagian-bahagian lain pada
pokok kelapa ialah batang, akar,buah, sabut, daun dan lain-lain. Semua bahagian ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
                Aku digunakan oleh manusia sebagai penyapu. Mulanya aku diraut untuk mengasingkan aku daripada daun, Mereka meraut aku
dengan pisau. Aku dihimpun satu demi satu. Setelah banyak, aku diikat kuat-kuat dan menjadi sebatang penyapu. Di kampung atau di bandar,
ramai orang menggunakan aku untuk mengumpul sampah sarap dan tidak kurang pula untuk memukul kucing, anjing dan lalat.
                Selalunya orang meletakkan aku di tempat-tempat yang sempit, sunyi dan kotor. Kadang-kadang aku diletakkan si celah almari, dalam
bilik air, dalam tandas dan sebagainya. Kadang-kadang aku ditemani oleh penyapu yang dibuat daipada bahan-bahan lain.
                Apabila aku sudah reput, mereka membuang aku di tempat longgokan sampah. Tidak lama kemudian aku dibakar menjadi abu.

1. Apakah keistimewaan lidi berdasarkan kepada petikan di atas ?
    A. Dijadikan sebagai pencucuk sate.
    B. Dijadikan sebagai alat pembilang.
    C. Dijadikan penyapu untuk menyapu sampah.
    D. Untuk memukul kanak-kanak nakal.

2. Bagaimanakah penyapu diproses ?
    A. Diraut dan diasingkan daripada daun.
    B. Diasingkan, diraut dan diikat semuanya.
    C. Diraut, dihimpun satu demi satu dan diikat.
    D. Dihimpun, diraut dan diikat semuanya.

3. Siapakah yang menjadi mangsa penyapu lidi ?
    A. Habuk yang berterbangan.
    B. Sampah sarap yang banyak.
    C. Kucing, anjing dan lalat.
    D. Kegunaan-kegunaan lidi kelapa.

4. Apakah tajuk yang sesuai untuk petikan di atas ?
    A. Kelebihan lidi kepada manusia
    B. Aku sebatang penyapu lidi
    C. Lidi boleh dijadikan penyapu
    D. Kegunaan-kegunaan lidi kelapa

5. Maksud keistimewaan berdasarkan petikan di atas ialah
    A. Perlu
    B. Keperluannya
    C. Kegunaannya
    D. Penting

PEMAHAMAN 34
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

Pada suatu pagi. Di atas meja yang berselerak dengan pinggan mangkuk kotor.
Lalat       :    Oh, kau semut ! Cepat kau tiba.
Semut    :    Sejak malam tadi aku sudah tunggu di bawah meja. Manalah aku ada tenaga nak berjalan cepat-cepat !
                    lainlah macam kau boleh terbang. Sekejap dah sampai.
Lipas      :    Oi, Lalat ! Semut ! Dah jumpa rezeki tu, jangan lupakan aku. Simpanlah sikit untuk aku.
Lalat       :    Oh, Lipas pun ada ! Marilah, jangan duduk bersembunyi di belakang almari tu. Jangan takut. Tuan rumah ni
                    tak ada. Dia keluar ke pasar barangkali.
Lipas      :    Macam mana aku nak keluar ? Aku tak nampak. Silau mataku bila kena cahaya.
Semut    :    Jangan susah Lipas. Nanti aku dan kawan-kawan bawakan sedikit makanan untuk kau.
Nyamuk :    Oh, mengantuknya !
Lalat       :    Eh, Nyamuk ! Kau dari mana ni ?
Nyamuk :     Aku dari bilik tidur. Aku terjaga bila mendengar kau orang riuh rendah. Ini lipaslah punya hal.
Lipas      :    Apa ada kena mengena dengan aku pula ?
Nyamuk :    Kau pemalas, pengotor, pencuri dan nak jadi tuan saja. Datanglah sendiri. Ikut macam aku. Aku bukan macam
                    kau. Aku cari darah manusia. Oh, enak sungguh!
Lipas      :    Waktu siang begini kau bolehlah berkata begitu pada aku. Tunggu waktu malam. Aku akan ajar kau nanti.
Lalat       :    Diam ! Dengar tu. Tuan rumah dah balik. Lari semua.
Nyamuk :     Aku tak mahu lari. Aku lapar. Aku nak hisap darahnya. Sejak malam tadi lagi aku berusaha nak hisap darahnya,
                    tapi tak dapat. Sekarang dia datang. Ini peluang aku. Kau semua tengok.

1. Mengapa semut cepat sampai ?
    A. Ia cepat berjalan
    B. Ia boleh terbang
    C. Ia banyak tenaga
    D. Ia menunggu sejak malam tadi

2. Apakah sebab lipas takut hendak keluar ?
    A. Ia takut tuan rumah
    B. Ia takutkan nyamuk
    C. Ia takutkan lalat
    D. Ia takutkan cahaya

3. Dialog yang manakah menunjukkan kata-kata yang tidak sombong ?
    A. Aku tak makan macam kau.
    B. Aku nak hisap darahnya.
    C. Kau semua tengok.
    D. Silau mataku bila kena cahaya.

4. Pada fikiran kamu, siapakah yang paling baik hatinya ?
    A. Semut
    B. Lalat
    C. Lipas
    D. Nyamuk

5. Apakah maksud nyamuk berkata : Kau semua tengok.?
    A. Ia hendak tunjukkan kekuatannya.
    B. Ia hendak lari.
    C. Ia suruh melihat ada manusia.
    D. Ia suruh melihat sahaja.






PEMAHAMAN 35
Baca syair di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ketika kecil kita dijaga
Dengan penuh jiwa dan raga
Memberi manja tidak terkira
Ibarat emas yang berharga

Melatih berjalan setiap hari
Sambil berjalan sambil berlari
Supaya dapat berbuat sendiri
Dengan demikian dapat berdikari

Tidak jemu memberi didikan
Sehingga anaknya penuh bersopan
Tahu menilai ya dan bukan
Hingga ibu sanggup berkorban

Ingatlah wahai sekalian kamu
Menolong ibu janganlah jemu
Lebihkan ibu dari temanmu
Kerana itu satu tugasmu.

1. Bagaimanakah kita dijaga ?
    A. Dengan penuh jiwa dan raga
    B. Dengan emas yang berharga
    C. Dengan tidak diberi manja
    D. Dengan berjalan setiap hari

2. Siapakah `ibarat emas yang berharga ?
    A. Nyawa anaknya
    B. Anak
    C. Adik beradik
    D. Ibu kandung

3. Apakah pula tugas seorang anak ?
    A. Mendidik keluarganya
    B. Menolong ibunya
    C. Mengajar berlari
    D. Membuat kerja sendiri

4. Tajuk yang sesuai untuk syair di atas ialah
    A. Tugas Ibu
    B. Tugas
    C. Waktu Kecil
    D. Berdikari

5 Apakah maksud ungkapan ibarat emas yang berharga ?
    A. Semata-mata diberi manja
    B. Boleh berdikari
    C. Sedia menolong ibu
    D. Di asuh penuh kasih sayang

PEMAHAMAN 36
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
                Pada pukul 2.00 petang itu, aku menaiki penerbangan MAS MH 2623 dari Kota Kinabalu ke Tawau. Berdasarkan rencana asal, aku
sepatutnya menaiki pesawat yang berlepas pada sebelah pagi, jam sepuluh, sebaik sahaja selesai urusan perniagaanku di Kota Kinabalu. Aku
terpaksa menukar jadual penerbangan bukan kerana ketiadaan tiket te tetapi kerana aku menziarahi sepupuku yang terlantar di hospital.
                Sepanjang penerbangan pada petang itu cuaca baik sekali. Apabila melewati ruang udara di kawasan pergunungan Kinabalu,
pesawat itu bergoyang beberapa kali kerana tekanan udara yang rendah di kawasan itu. Hal itu lazim kualami selama berulang-alik dari dua
bandar itu. Selepas menikmati secawan kopi dan sekeping roti yang diedarkan oleh pramugari, aku membelek-belek majalah “Golden Flying”.
Majalah itu memang disediakan untuk penumpang membacanya. Waktu selebihnya kugunakan untuk melayani fikiranku tentang sepupuku yang
kulawati itu.
                Lamunanku tergencat apabila ketua pramugari mengarahkan para penumpang agar memasang tali pinggang keselamatan.Rupa-
rupanya tanpa kusedari, sebentar lagi pesawat itu akan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Tiba-tiba pesawat itu bergegar dan senget.
Para penumpang menjerit ketakutan. Keadaan bertambah gawat apabila kedengaran beberapa letupan kecil di sebelah kanan pesawat itu.
Sekilas aku memandang ke luar dan kelihatan beberapa buah rumah setinggan di hujung landasan itu ranap.
                Pesawat itu berhenti dan pintu kecemasan terbuka. Para penumpang meluru ke pintu kecemasan. Seorang pramugari meminta kami
bertenang dan beratur. Wajah masing-masing kelihatan cemas dan pucat lesi. Ketika aku memijak anak tangga pertama sekali lagi kedengaran
letupan.Letupan pada kali ini lebih kuat. Aku tercampak beberapa meter dan selepas itu aku tidak menyedari lagi apa yang berlaku.
                Apabila aku membuka mata, kulihat ayah dan ibuku berada di sisiku. Kepalaku rasa berdenyut-denyut. “Bertenang nak,” kata ibuku
sambil mengesat air matanya. Ayah memberitahuku bahawa pesawat yang ku naiki itu telah terbabas sebelum meletup. Aku dijumpai oleh
pasukan penyelamat berhampiran pesawat yang telah berkecai itu. Aku panjatkan rasa syukurku kepada-Nya. Tuhan, rupanya Engkau masih
sayangkan aku, bisik hatiku.

1. Penulis menaiki kapal terbang pada sebelah petang kerana
    A   tiada tiket penerbangan pada sebelah pagi
    B   urusannya tidak beres pada pagi itu
    C   pada sebelah pagi dia melawat sepupunya
    D   dia ke hospital untuk mendapat rawatan

2. Mengapakah kapal terbang itu tidak tetap kedudukannya apabila berada di ruang udara Gunung Kinabalu itu?
    A   Kerana cuaca di situ amat baik.
    B   Kawasan itu banyak awan yang tebal.
    C   Kerana keadaan udara di kawasan pergunungan itu.
    D   Kerana kapal terbang itu biasa melalui kawasan itu.

3. Apakah yang tidak dilakukan oleh penulis ketika dalam penerbangan itu?
    A   Minum kopi dan makan roti
    B   Mengelamun tentang sepupunya
    C   Membaca majalah "Golden Flying"
    D   Menyelak-nyelak halaman majalah "Golden Flying"

4. Maksud perkataan tergencat dalam petikan di atas ialah
    A   terkejut
    B   terhenti
    C   tergendala
    D   terganggu

5. Tajuk yang paling sesuai untuk cerita di atas
    A   Satu Pengalaman Yang Mengerikan
    B   Terselamat Daripada Maut
    C   Satu Catatan Perjalanan
    D   Kapal terbang Terhempas di Tawau

PEMAHAMAN 37
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
                Kajian mendapati jumlah penyu yang mendarat di negara kita kian berkurangan. Nampaknya spesies ini kian pupus. Penyu-penyu itu
bukan sahaja mati kerana termakan plastik yang disangkanya agar-agar laut, tetapi sebab utamanya ialah kerana keadaan laut yang dicemari
oleh minyak yang dibuang oleh kapal-kapal. Ini ditambah dengan penggunaan pukat tarik yang digunakan oleh para nelayan. Haiwan ini sering
didapati terperangkap di dalam pukat jenis ini.
                Hal ini menyebabkan kerajaan melancarkan kempen "Selamatkan Penyu Kita". Tujuan utama kempen ini ialah untuk memberi
kesedaran kepada orang ramai tentang peri pentingnya mereka melindungi haiwan ini.
                Sehubungan kempen itu, dua orang penyelidik dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Encik Liew Hock Chark dan Dr Chang Eng
Heng telah melakukan kaji selidik terhadap lima ekor penyu dengan menggunakan satelit. Mereka berpendapat tidak banyak tabiat penyu yang
diketahui selepas reptilia itu bertelur. Ini menyukarkan usaha untuk menyelamatkan spesies ini.
                Usaha itu dilakukan dengan memasang alat pengesan pada cangkerang penyu itu. Selepas bertelur di Pulau Redang pada tahun
1993 dan 1994, lima ekor penyu itu telah dipasang alat tersebut. Alat ini menggunakan kuasa bateri yang tahan lama selama tiga bulan.
dan isyarat dari alat pemancar itu akan aktif apabila penyu-penyu itu timbul di permukaan air untuk bernafas.
                "Kita perlu tahu ke mana penyu-penyu pergi dan tempat ia mencari makan sebelum kita dapat melindunginya,” jelas Liew.
Hasil kajian berkenaan mendapati penyu itu mengembara beribu-ribu batu sehingga ke Indonesia atau Filipina untuk mencari makanan.
Ketika penyu-penyu itu mendarat untuk bertelur di Pulau Redang, keselamatan mereka terjamin. Ini kerana kawasan tersebut terkawal
sedangkan kehidupan penyu-penyu di tempat mereka mencari makan itu sebaliknya. Di negeri-negeri itu penyu ditangkap dan dagingnya
dijadikan makanan.
                Oleh yang demikian, kedua-dua penyelidik ini mengesyorkan agar diwujudkan kerjasama serantau antara Negara kita dengan
negara-negara jiran supaya penyu-penyu itu dilindungi sepenuhnya.

1. Semua perkara berikut benar tentang kepupusan penyu kecuali
    A   pencemaran laut
    B   penggunaan pukat tarik
    C   tiada kerjasama untuk memeliharanya
    D   penyu itu tersalah makan

2. Dr Chan Eng Heng dan rakannya berpendapat bahawa usahamenyelamatkan penyu rumit kerana
    A   sikap orang ramai yang suka mencemari kawasan pantai dan laut.
    B   kapal-kapal asing yang sering membuang sisa minyak.
    C   kempen yang dilancarkan kurang berkesan.
    D   kita kekurangan maklumat tentang kehidupan penyu.

3. Apakah tujuan penyelidik itu membuat kajian terhadap penyu-penyu itu?
    A   Mengetahui habitat dan makanannya.
    B   Mengetahui pergerakan penyu itu.
    C   Mengkaji tabiat penyu.
    D   Mengkaji sebab musabab penyu itu pupus

4. Bagaimanakah alat pengesan itu berfimgsi mengesan pergerakan penyu itu?
    A   Dengan memancarkan isyarat dari bateri yang dilekatkan pada cangkerangnya.
    B   Dengan menggunakan kuasa bateri yang tahan selama tiga bulan.
    C   Dengan menghubungkan penyu itu dengan satelit.
    D   Dengan memancarkan isyarat ketika penyu itu timbul di permukaan air.

5. Kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik setelah selesai kajian itu ialah
    A   penyu-penyu itu memang suka mengembara sehingga ke perairan Indonesia dan Filipina
    B   kerjasama antara negara-negara di Asean perlu dalam usaha menangani kepupusan penyu
    C   penyu-penyu di negara kita memang perlu dikawal dengan lebih rapi.
    D   penyu-penyu tidak selamat ketika berada di perairan Indonesia.

PEMAHAMAN 38
Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
                                                                                                                                                                        Anwaruddin bin Ahmad,
                                                                                                                                                                        No. 9, Lorong Bakawali 1,
                                                                                                                                                                        Taman Stephen, 88200 Kota Kinabalu,
                                                                                                                                                                        Sabah.   
                           
                                                                                                                                                                        30 OKTOBER 2010.
Yang diingati saudaraku Nabil,
                Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaan sihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi.
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua
pelajar sibuk membuat persediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya.
                Cerita saudara tentang musim buah-buahan mengingatkan saya beberapa kenangan indah ketika berada di kampung saudara
tempoh hari. Kita berbual-bual di dalam pondok sambil menunggu buah durian gugur.
Sebaik-baik sahaja kedengaran buah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu. Biasanya ayah saudara
yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kita masih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namun
pendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang mana gugur buahnya.
                Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjerit kerana ketakutan dan berlari kea rah ayah saudara. Kalian
ketawa kerana geli hati Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat ketawanya.Kepada saya peristiwa itu
cukup mengesankan.
                Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletak kira-kira empat puluh kilometer dari bandar
Semporna. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau. Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang
tercantik di dunia. Pantainya bersih putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlah jika pulau ini berjaya
menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentuk chaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal. Pulau ini ada
legendanya dan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada para pelancong itu. Para pelancong lebih gemar memancing, menyelam
di dasar laut sambil melihat keindahan karangan laut. Menurut legenda itu kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah gua besar dikenali
dengan nama 'Gua Kubur Penyu'. Dipercayai gua ini menjadi tempat tuju penyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyu-penyu
itu akan berenang memasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar? Tiada siapa yang mengetahui hal yang
sebenarnya meskipun para penyelam terjumpa dengan timbunan kulit penyu di kawasan itu. Jika saudara ke sini akan saya bawa saudara
ke pulau ini. Pulau Sipadan menanti saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaran lain,

Salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih.

                                                                                                                                                                                                    Sahabatmu,

                                                                                                                                anwaruddin
                                                                                                                                                                                            
1  Apakah maksud frasa 'lebih-lebih lagi' dalam petikan itu?
    A   Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat.
    B   Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
    C   Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi.
    D   Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat.

2  Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah
    A   baik
    B   cekap
    C   galak
    D   mudah

3  Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu?
    A   Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur.
    B   Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur.
    C   Gelak ketawa kakak yang kuat itu.
    D   Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa.

4  Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan?
    A   Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer.
    B   Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut.
    C   Chaletnya elok dan sewanya pula murah.
    D   Pelancong datang setelah mendengar legenda itu.

5   Gua Kubur Penyu' mendapat namanya mungkin sekali kerana
    A   di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati.
    B   di situ tempat penyu keluar masuk.
    C   di situ terjumpanya banyak kulit penyu.
    D   gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.

PEMAHAMAN 39
Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
KUANTAN: Pantai Batu Hitam yang terletak 14 kilometer dari bandar ini, bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan,malahan menjadi
tumpuan orang ramai yang gemarkan makanan laut.
                Resort dan gerai-gerai yang terdapat di sini menyediakan pelbagai masakan berasaskan sumber laut, misalnya kepah, remis, siput
ketam dan ikan. Di samping itu pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan yang datang untuk memungut kulit-kulit siput. Kulit-kulit
siput yang pelbagai warna dan bentuk itu dijadikan perhiasan. Laut yang terbentang  itu juga kaya dengan ikan yang menjadi punca rezeki
kepada nelayan-nelayan di sekitar kawasan itu.
                Pantai Batu Hitam berbeza dengan pantai-pantai lain di negeri Pahang atau negeri Terengganu. Jika pantai-pantai di negeri lain
berpasir di sini pantainya dipenuhi dengan batu-batu yang agak besar dan berwarna kehitam-hitaman. Barangkali kerana inilah pantai itu
mendapat namanya Pantai itu yang melengkung dan membentuk teluk serta dilatari dengan bukit yang menghijau menambahkan keindahan
Pantai Batu Hit am. Jadi tidak hairanlah jika setiap hujung minggu pantai ini sesak dengan para pengunjung.

1. Pantai Batu Hitam menjadi tumpuan ramai kerana sebab -sebab berikut kecuali
    A   makanan laut yang pelbagai jenis
    B   di pantai itu terdapat kulit siput yang cantik
    C   lautnya yang kaya dengan pelbagai jenis ikan
    D   pantainya menjadi pusat pelancongan

2  Laut yang menghadap Pantai Batu Hitam mungkin sekali
    A   Laut Pantai Batu Hitam
    B   Laut China Selatan
    C   Laut Pahang
    D   Laut China


3  Maksud frasa punca rezeki dalam petikan di atas ialah
    A   laut yang terbentang itu terdapat banyak ikan
    B   nelayan-nelayan di sekitar Pantai Batu Hitam mendapat rezeki dari laut.
    C   ikan merupakan sumber pendapatan semua penduduk Pantai Batu Hitam
    D   laut merupakan punca pendapatan kepada nelayan di kawasan Pantai Batu Hitam

4  Apakah yang membezakan Pantai Batu Hitam dengan pantai-pantai lain di negeri Pantai Timur itu ?
    A   Keadaan pantai yang berpasir hitam
    B   Keadaan pantainya yang berbatu-batan hitam
    C   Keadaan pantainya yang melengkung
    D   Bukit yang menjadi latar belakang pantai

5  Semua perkara berikut benar tentang Pantai Batu Hitam kecuali
    A   pantai itu menjadi terdapat kemudahan penginapan
    B   terdapat banyak gerai makanan di kawasan pantai itu
    C   pantai itu berteluk, melengkung serta indah
    D   pantai itu kaya dengan dengan pelbagai jenis ikan

PEMAHAMAN 40
Baca catatan harian di bawah, kemudian jawab soalan -soalan berikutnya.

8 Jun 2010
Pagi:
Perjalanan ke Lipis lama dan membosankan. Kereta api yang kunaiki dari bandaraya Kuala Lumpur ke Selatan dan Gemas dahulu, kemudian
barulah berpatah balik menuju ke Timur. Untuk menghilangkan rasa bosan, aku membaca buku cerita. Buku itu habis kubaca sebaik sahaja
kereta api tiba di bandar Gemas. Selepas meninggalkan bandar itu, aku berjalan dari satu gerabak ke satu gerabak. Aku berbual-bual dengan
sesiapa sahaja yang sudi.
Tengahari:
Kerana keletihan aku tertidur. Aku tersedar apabila telah tiba di bandar Lipis. Dari Bandar itu aku menaiki bas menuju ke Kota Bharu. Jalannya
berliku-liku serta lekak-lekuk Bas terpaksa bergerak perlahan dan tersangkut-sangkut terutama apabila mendaki jalan berbukit. Apabila melewati
melewati sempadan Kelantan baharulah keadaan berub ah. Jalannya lebih lebar serta lurus.
Petang:
Hampir senja aku pun tiba di bandar Kota Bharu. Kawanku, Asniah telah menunggu.Kami menaiki beca ke rumahnya di Palekbang. Ayah serta
ibunya menyambutku dengan ramah. Rumahnya jenis lama, tetapi masih kukuh dan diperbuat daripada kayu. Rumah itu juga bertiang tinggi
dan di bawah rumah itu kerja-kerja membatik dijalankan. Malam itu aku tidur lebih awal kerana kepenatan.
9 Jun 2010
Pagi:
Bersiap untuk ke Pulau Daya. Orang sangat ramai di jeti. Terpaksa bersesak-sesak ketika menaiki bot. Dalam keadaan itu dua tiga orang
terjatuh ke laut. Kata Asniah, ada pesta laut di Pulau Daya, sebab itu orang sangat ramai.
Tengahari:
Tiba di tempat perkhemahan. Rupa-rupanya kamilah yang paling lewat mendaRar diri. Ada lima puluh peserta dari seluruh Negara menyertai
perkhemahan tahuman Pandu Puteri ini.
Malam:
Kami menginap di kem tentera yang telah ditinggalkan. Ketika mengemas barang –barang barulah kusedari aku telah tertinggal sesuatu.
Nampaknya malam ini aku terpaksa berperang nyamuk.

1   Penulis berbual dengan sesiapa sahaja dalam kereta api itu kerana
     A   dia memang suka berbual
     B   hendak mendapatkan pengalaman
     C   hendak mengelakkan rasa jemu
     D   supaya jangan tertidur

2   Bagaimanakah keadaan jalan dari bandar Lipis ke sempadan Kelantan?
     A   Jalannya melalui kawasan berbukit, tetapi lebih lebar serta baik
     B   Jalannya bengkang-bengkok serta berlubang-lubang
     C   Jalannya berliku-liku, serta lekak-lekuk dan menyusuri bukit
     D   Jalannya tidak rata dan melalui kawasan berbukit serta bengkang –bengkok

3    Maklumat yang tidak benar tentang rumah Asniah ialah
     A   rumahnya jenis lama
     B   rumahnya rumah batu
     C   rumahnya masih kukuh
     D   rumah itu bertiang tinggi

4    Ayat manakah yang membuktikan keadaan di jeti itu amat sesak?
     A   Orang sangat ramai di jeti itu
     B   Mereka terpaksa bersesak-sesak ketika menaiki bot
     C   Dua tiga orang telah jatuh ke laut
     D   Orang sangat ramai kerana ada pesta laut di Pulau Daya

5   Tujuan utama penulis ke Kota Bharu itu ialah untuk
     A   melawat kawannya, Asniah
     B   melihat orang membuat batik
     C   melihat pesta laut di Pulau Daya
     D   menyertai perkhemahan di Pulau Daya

No comments:

Post a Comment