Monday 14 November 2011

ASAL USUL BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

            Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
            Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.

            Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

            Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kataakar) terdiri daripada kata kerja.

Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan.

Friday 4 November 2011

C-PENULISAN




       NILAI MURNI
           FRASA/AYAT/PERBUATAN
 1

2
3

Bertanggungjawab / mengambil berat
Prihatin
Toleransi
Sesuatu (spt.kerja/tugasan/bantuan ) yang mesti dilaksanakan

Menghulurkan bantuan/Menegur/Menasihati..
Menerima/menghormati pendapat,fikiran,kepercayaan orang lain.
Bertolak ansur /mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
 4
 5
Penyayang
Kasih sayang
Bersifat sangat menyayangi sesuatu….
Berkongsi barang dengan adik-beradik…
Menyayangi diri sendiri spt….
Menyayangi alam sekitar-spt memelihara dan memulihara flora dan fauna untuk…

 6
 7
 8
 9
10
11
12

Belas kasihan /bersimpati
Baik hati
Pemurah
Berhemah tinggi
Bertimbang rasa
Saling memahami
Saling bermaafan


Bersimpati terhadap kesusahan….
Membantu……
Memberi bantuan…..(yg.memerlukan)
Berbudi bahasa,beradab….
Mengambil kira keperluan/perasaan org lain apabila membuat sesuatu tindakan…
Sanggup memberi dan memahami pandangan serta memahami perasaan /keperluan masing-masing.
Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

13
14
15
16
17
18

Rajin
Tekun
Gigih
Keazaman
Bersungguh-sungguh
Dedikasi
Membuat kerja sekolah,rumah,…..
Melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh.
Terus berusaha dgn.giat
Tujuan/Matlamat /Cita-cita yg hendak dicapai...
Berusaha dgn.sepenuh hati…
Berminat  dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yg berfaedah.
19
20
21
22
23

Jujur
Tulus
Amanah
Bercakap benar
Ikhlas
Bercakap benar/Perbuatan dan perlakuan yg..
Hati yang rela…..(ikhlas)
Melakukan sesuatu(menimbulkan kepercayaan kepada orang lain)
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
Memberikan sesuatu…(tidak mengharapkan balasan)
24
25
Adil
Saksama

Membahagikan sesuatu sama rata….
Mengagihkan tugasan (tidak berat sebelah).
26
27
28
29
Bijaksana
Bestari
Rasional
Matang

Membuat sesuatu keputusan dengan tepat
Bertindak dengan bijak..
Mencari penyelesaian secara…..
Menjadi rujukkan….(banyak pengetahuan ,pengalaman…)
30

31
Berani

Tegas

Berani mencuba sesuatu yg baru/mencabar..
Berani kerana benar..
Menyatakan  pendirian
32
Berdikari


Membuat sesuatu pekerjaan tanpa bantuan…
Mengikut kemampuan diri…..
33
34
35
36
Cinta Negara
Semangat patriotik
Semangat kesukanan
Berpandangan jauh

Menghormati lagu Negaraku….
Bersifat( perasaan/semangat) mencintai negara spt. menghormati raja,pemimpin

37


Jimat-cermat



Membawa bekalan ke sekolah….
Menabung….
Menggunakan air/eletrik secara berhemah….
38


            
Cinta Kebersihan

Menjaga kebersihan diri spt…
Menjaga kebersihan mental(pertuturan dan perlakuan yang terpuji
Menjaga kebersihan alam sekitar spt membersihkan kawasan rumah,sekolah

39
40
41
Tolong-menolong
Bekerjasama /bermuafakat
Bantu-membantu

Membuat sesuatu….(untuk orang lain)
Membantu sesama rakan,keluarga,jiran….
Memikul tanggungjawab bersama…
42
43
44
45
Taat
Akur
Berdisiplin
Patuh Undang-undang

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa,guru,..
Setuju/sependapat dgn arahan,peraturan….
Patuh arahan pihak tertentu spt sekolah…
Mematuhi undang-undang jalan raya,negara…
46
47
48
49
Cekal
Tabah
Sabar
Tidak berputus asa

Tenang apabila menghadapi dugaan,musibah..
Tidak mudah kecewa…..
Menahan sifat marah,kecewa walaupun…(kuat menghadapi sesuatu yg)
Tetap melakukannya/meneruskan sehingga…
50
51
52

Menepati masa
Menghargai masa
Menepati janji


Menepati masa yang ditentukan….
Menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah…
Tiba mengikut masa…
Menyiapkan kerja/tugasan mengikut masa….
53

Daya usaha

Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif,inovatif,kretif….
54

Dedikasi


Berminat melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh ….
Sanggup mengorbankan masa,tenaga,wang ringgit….
55
56
57
Jaya diri
Jati diri/Waja diri
Berbakti / Berjasa
Berupaya mengembangkan potensi diri…
Mempunyai ketahanan fizkal dan mental untuk mencapai sesuatu…..

58
Keadilan


Mempertimbangkan dan membuat sesuatu sesuatu secara objektif,menyeluruh dan bersesuaian.
59
60
61
Kejiranan
Semangat bermasyarakat
Peka terhadap isu-isu sosial


Hidup berbaik-baik,bertolak-ansur….
Amalan tolong-menolong,kerjasama….
Aktif/menyertai aktiviti dalam komuniti,masyarakat…
Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya
62

Kesederhanaan


Sikap/pertimbangan yang tidak keterlaluan…
Bertindak mengikut norma dan nilai masyarakat.
63

Kesyukuran



Perasaan,perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas……..(spt. ucapan terima kasih)
Kesenangan yang dikecapi atau diperolehi…
64
65
Menghargai tenaga
Menghargai maruah diri

Menghargai perkhidmatan,jasa pekerja…
Menjaga kehormatan diri/harga diri/nama baik..
66
67
Penghargaan
Perpaduan

Pengiktirafan terhadap jasa,sumbangan…
Persefahaman komuniti,masyarakat walaupun berlainan….
69

Persaudaraan


Hubungan mesra sesama manusia….
Kerjasama yang erat untuk kesejahteraan ..
70
Ramah mesra

Suka bergaul,bertanya khabar(tidak mengasingkan diri….)
71
Hormat
Memuliakan dan mentaati ibu bapa/penjaga.
Menghormati orang yang lebih tua,rakan,jiran,dsb.
Menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan


LATIHAN BAHAGIAN C
Latihan 1
Tulis lima  pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Samsol meminta kebenaran daripada ibunya untuk mandi di sungai yang terletak di belakang rumahnya. Ibu Samsol tidak mengizinkan Samsol mandi di sungai kerana sungai itu dalam. Samsol kecewa   kerana tidak dapat mandi di sungai.Apabila ibunya tertidur, Samsol keluar secara senyap-senyap.  Dia menunggang motosikal ibunya walaupun tiada lesen memandu. Samsol segera memecut motosikalnya menuju ke sungai. Apabila tiba di sungai, Samsol segera terjun untuk mandi. Selesai mandi, dia cepat-cepat pulang sebelum ibunya menyedari ketiadaannya di rumah. Setelah siap berpakaian, Samsol menunggang dengan laju. Apabila tiba di satu selekoh, Samsol tidak dapat mengawal motosikalnya. Dia terbabas lalu terjatuh ke dalam parit. Akibat kemalangan itu, kaki dan tangan Samsol patah. Dia terpaksa ditahan di hospital .Selain itu,bapa Samsol juga telah disaman oleh pihak berkuasa kerana membiarkannya menunggang motosikal tanpa lesen. Samsol sungguh menyesal akan sikapnya.Dia memohon maaf kepada ibu dan bapanya.

Situasi
Pengajaran
1
meminta kebenaran
meminta izin daripada ibu
2
kecewa
akur / mentaati perintah ibu
3
tiada lesen memandu / menunggang dengan laju
mematuhi undang-undang jalan
raya
4
membiarkan menunggang motosikal tanpa lesen ( cuai ) / ibu samsol tidak mengizinkan
mengambil berat terhadap kegiatan
anak
5
sungguh menyesal / memohon maaf
insaf terhadap kesalahan yang dilakukan

Penanda Wacana
Kata Bantu
           Pengajaran
Indeks teks / huraian
Antaranya,
kita mestilah


Selain itu,
kita sepatutnya


Seterusnya,
kita seharusnya


Di samping itu,
kita dikehendaki


Akhirnya,
kita sewajarnya



Latihan 2
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Aku segera pulang apabila terdengar namaku dipanggil ibu. Walaupun sedang seronok bermain di padang, namun aku tidak sampai hati untuk tidak mempedulikan panggilan itu.Rakan-rakanku juga menasihatiku agar segera pulang. “Dol, tolong temankan ibu ke pasar malam sekejap,” kata ibu. Aku mengangguk setuju. Tanpa membuang masa, aku segera mandi dan bersiap. Aku sememangnya tidak suka bertangguh apabila disuruh melakukan sesuatu kerja oleh ibu. Pesanan guru agar sentiasa menghormati ibu bapa sentiasa tersemat di hati. Setelah bersiap, aku dan ibu segera masuk ke kereta. Ayah telah lama menanti di dalam kereta. Walaupun agak lambat, tetapi ayah tidak merungut ataupun marah. Keadaan jalan raya agak sesak, tetapi ayah memandu dengan sabar dan tetap mematuhi peraturan lalu lintas. Tidak lama kemudian, akhirnya sampai juga kami ke tempat yang dituju Aku bersyukur kerana selamat sampai.

Situasi
Nilai murni
1
segera pulang / tidak sampai hati untuk tidak mempedulikan
akur/ mentaati perintah/suruhan ibu
2
menasihatiku
menegur rakan yang melakukan kesilapan
3
tanpa membuang masa / tidak suka bertangguh
menghargai masa dengan melakukan sesuatu perkara yang berfaedah
4
menghormati ibu bapa
menghormati / memuliakan ibu
bapa
5
tidak merungut ataupun marah / memandu dengan sabar
Sabar ketika berhadapan dengan sesuatu situsi / Sabar  ketika berada di jalan raya
6
mematuhi peraturan lalu lintas
mematuhi undang-undang jalan raya
7
bersyukur
bersyukur



Latihan 3
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Ipin begitu asyik bermain permainan video. Selepas bosan bermain permainan video, dia ke padang untuk bermain bola sepak dengan rakan-rakannya. Apabila tiba waktu petang, Ipin menunggang basikal pula hingga senja.Pada sebelah malam, Ipin akan menonton televisyen hingga lewat malam. Dia langsung tidak mengulang kaji pelajarannya. Apabila ibunya meminta pertolongan dia akan berpura-pura mengulang kaji pelajarannya. Pada pendapatnya, budak yang baru berusia 12 tahun seperti dirinya tidak perlu membantu ibunya membuat kerja rumah. Ipin juga bersikap kasar kepada kakaknya apabila kakaknya menegur tingkah lakunya yang gemar membuang masa. Sungguhpun begitu, Ipin takut kepada ayahnya. Jika ayahnya ada di rumah, Ipin akan berpura-pura baik. Ayahnya mengetahui sikap buruk Ipin yang sebenarnya lalu menasihati Ipin supaya mengubah perangainya. Ipin berasa malu dan meminta maaf kepada keluarganya.

Situasi
Pengajaran
1
bermain permainan video / bermain bola sepak / menunggang basikal
menonton televisyen hingga lewat malam
menghargai masa
2
tidak mengulang kaji pelajaran
rajin belajar
3
ibunya meminta pertolongan
mentaati perintah ibu /membantu,
menolong ibu
4
bersikap kasar kepada kakaknya
menghormati / berbudi bahasa / bersopan santun
5
menasihati Ipin
mendengar nasihat
6
meminta maaf
insaf

Latihan 4
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Noni seorang pelajar yang rajin. Selepas mengulang kaji pelajaran, Noni bermain badminton. Dia faham jika asyik belajar sahaja badan akan lesu. Oleh itu, dia perlu juga keluar beriadah dan bersukan. Noni ingin mengajak adiknya, Toni bermain badminton. Dia melihat  Toni sedang asyik membuat kerja sekolahnya. Noni menghampiri adiknya. Alangkah terkejutnya Noni apabila mendapati adiknya sedang menyalin jawapan Matematik daripada buku rakannya. Noni menegur perbuatan Toni. Toni berasa malu atas perbuatannya itu. Toni meminta kakaknya merahsiakan hal itu daripada pengetahuan ibu bapa mereka. Noni menasihati Toni agar tidak mengulangi perbuatannya itu. “Toni, kalau kamu tidak faham mana-mana kerja sekolah yang diberi oleh guru, kamu boleh bertanya kepada kakak. Kakak bersedia untuk menolong kamu. Lain kali jangan meniru kerja orang lain,” kata Noni. Toni berjanji tidak akan meniru lagi. Jika tidak faham dia akan bertanya kepada kakaknya

Situasi
Nilai murni
1
rajin / rmengulang kaji pelajaran
tekun belajar
2
beriadah dan bersukan
beriadah
3
adiknya sedang menyalin jawapan
bertanggungjawab
4
menegur perbuatan Toni / menasihati Toni
menasihati
5
bersedia untuk menolong
membantu / bersikap baik hati
6
berjanji tidak akan meniru lagi
insaf


Latihan 5
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Kejayaan akan diperoleh sekiranya kita mempunyai semangat yang tinggi untuk berusaha serta tidak mudah berputus asa. Apabila kita mencapai kejayaan, sudah tentu kehidupan akan lebih bahagia. Sebagai pelajar, kita hendaklah sentiasa bersikap positif  untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran. Matlamat seseorang pelajar adalah untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Oleh itu, kita hendaklah menanamkan tekad dan bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan. Sekiranya kita gagal, kita hendaklah terus berusaha dan jangan sesekali berputus asa. Sekali gagal bukan bererti gagal buat selama-lamanya. Kita hendaklah membaiki kelemahan kita. Bagi memastikan kejayaan berada dalam genggaman, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran Kita juga boleh menghadiri kelas-kelas tambahan dan juga mengadakan perbincangan secara berkumpulan untuk memantapkan lagi pengetahuan  kita.

Situasi
Nilai murni
1
mempunyai semangat yang tinggi
jati diri
2
tidak mudah berputus asa
cekal / tabah
3
bersikap positif
berpandangan jauh
4
menanamkan tekad
keazaman yang tinggi
5
terus berusaha
berdedikasi
6
rajin mengulang kaji pelajaran
berusaha bersunguh-sungguh

Latihan 6
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Sudah seminggu nenek Supar sakit. Keadaan neneknya semakin teruk kerana bekalan ubatan neneknya sudah habis. Supar hendak membawa neneknya ke hospital, tetapi kos tambang untuk ke bandar agak mahal. Dia amat sayang akan neneknya itu. Sejak kematian ibu dan bapanya, dia dipelihara oleh neneknya. Supar tidak  ke sekolah beberapa hari. Dia bekerja  sebagai pencuci kereta untuk mendapat upah bagi menampung rawatan perubatan neneknya. Beberapa orang rakan karibnya hairan kerana sudah seminggu Supar tidak datang ke sekolah. Mereka pergi ke rumah Supar untuk mengetahui perkara yang terjadi. Apabila sampai di rumah Supar, barulah mereka mengetahui perkara yang menimpa Supar. Rakan-rakannya berasa kasihan melihat keadaan Supar. Mereka mengambil keputusan untuk memberitahu guru kelas mereka. Cikgu Man melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Supar. Hasil kutipan derma diserahkan kepada Supar . “Terima kasih semua.Jasa guru-guru dan kawan-kawan akan saya kenang sampai bila-bila,” kata Supar penuh terharu.

Situasi
Pengajaran
1
amat sayang akan neneknya
menyayangi
2
bekerja sebagai pencuci kereta untuk mendapat upah
berdikari
3
Mereka pergi ke rumah Supar untuk mengetahui perkara sebenar
prihatin
4
berasa kasihan
bersimpati
5
memberitahu guru kelas
bertindak dengan bijak
6
membantu Supar
menolong rakan
 7
Terima kasih semua
menghargai pemberian orang lain

Latihan 7
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
            “Atuk bukan tak nak ikut kamu tinggal di bandar tetapi atuk tak biasa hidup di sana. Lagipun, semasa atuk dan nenek tinggal sebulan di sana, jiran kamu langsung tak menegur kami. Di sana tak ada apa-apa nak dibuat. Kalau di sini, boleh ke kebun sayur dan pisang dengan nenek kamu,” kata datuk panjang lebar.
            “Orang lain sibuk-sibuk nak ke bandar, kamu pula nak bersekolah di sini. Sekolah di kampung ni bukan macam di bandar. Gurunya pula mengajar sekejap saja. Dua tiga bulan dah minta ke bandar,” kata nenek.
            “Biarlah, nek. Lagipun dapatlah Bedah temankan datuk dan nenek. Belajar di mana-mana pun boleh berjaya. Yang penting ialah usaha diri sendiri. Kalau rajin, belajar di kampung pun boleh berjaya. Betul tak, atuk?” kata Bedah.
            Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menyirat jala yang koyak itu


Situasi
Pengajaran
1
jiran kamu langsung tak menegur kami
semangat kejiranan / beramah
mesra
2
boleh ke kebun sayur dan pisang
rajin / mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang
berfaedah
3
dapatlah Bedah temankan datuk dan nenek
baik hati / menyayangi
4
usaha diri sendiri
berdikari
5
rajin
berusaha bersungguh-sungguh

Latihan 8
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Tijah seorang murid yang rajin dan sangat suka menolong orang. Apabila berada di dalam kelas, Tijah sentiasa memastikan kelasnya bersih. Dia sering menyapu sampah, mengelap tingkap dan menyusun meja.
            Rakan-rakannya sangat menghormati Tijah. Dia sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Tijah juga selalu menolong rakan-rakannya dalam pelajaran.
            Apabila pulang ke rumah, Tijah akan pergi ke kedainya. Tijah mengambil kesempatan untuk membuat kerja rumah dan membaca buku pelajarannya. Tijah mahu berjaya dalam pelajaran.

Situasi
Nilai murni
1
rajin
tekun
2
suka menolong orang / menolong rakan-rakan dalam pelajaran
membantu / bersikap baik hati
3
memastikan kelasnya bersih
bertanggungjawab menjaga
kebersihan kelas
4
sentiasa berpakaian kemas dan bersih
menjaga kebersihan diri
5
mengambil kesempatan untuk membuat kerja rumah / membaca
buku pelajarannya
menghargai masa

Latihan 9
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Kardi anak yatim piatu. Sejak ibu dan bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan, Kardi tinggal bersama-sama bapa saudaranya. Bapa saudaranya bukanlah orang berada. Bapa saudaranya hanyalah seorang pekebun sayur. Kardi  seorang murid yang rajin dan pintar. Kardi menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran gurunya di dalam kelas. Dia sering dijadikan contoh oleh guru-gurunya kerana sikapnya yang ringan tulang dan bersopan santun. Pada sebelah petang, Kardi akan membantu bapa saudaranya di kebun . Dia tidak merungut walaupun keletihan kerana dia sedar dia hanya menumpang kasih daripada keluarga bapa saudaranya itu.  Kardi juga sering membantu ibu saudaranya di dapur. Apabila ada masa terluang, Kardi akan memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik saudaranya tentang isi pelajaran yang tidak difahami oleh mereka. Kardi sangat sayang akan keluarga bapa saudaranya.

Situasi
Nilai murni
1
rajin / sikapnya yang ringan tulang
rajin
2
menumpukan sepenuh perhatian
berusaha bersungguh-sungguh
3
bersopan santun
berbudi bahasa
4
tidak merungut
ikhlas
5
membantu bapa saudaranya / membantu ibu saudaranya
berbakti / menolong
 6
memberikan tunjuk ajar
prihatin






Latihan 10
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
            Ajis menyertai lawatan sambil belajar ke Putrajaya. Ajis dan rakan-rakannya asyik melihat keindahan pemandangan di sekitar Masjid Putra. Tiba-tiba, Ajis ternampak sebuah telefon bimbit terjatuh berhampiran dengan pemuda yang hendak menunggang motosikalnya.Pemuda tersebut tidak menyedari hal itu. Ajis dengan segera mengambil telefon bimbit itu lalu mendapatkan pemuda tersebut. Ajis pun menyerahkan telefon bimbit kepada tuannya. Pemuda tersebut mengucapkan terima kasih kepada Ajis  dan memberikan sedikit sagu hati. Walau bagaimanapun, Ajis menolak pemberian tersebut dengan baik. Ajis memberikan pertolongan secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Situasi
Pengajaran
1
menyertai lawatan sambil belajar ke Putrajaya
semangat cintakan negara/ patriotik
2
mengambil telefon bimbit itu lalu mendapatkan  pemuda itu
prihatin dan bertanggungjawab / bertindak dengan pantas
3
menyerahkan telefon bimbit kepada tuannya
jujur
4
mengucapkan terima kasih
menghargai  bantuan orang lain
5
memberikan pertolongan secara ikhlas
ikhlas

Latihan 11
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

            Ketika pertama kali menjejakkan kakinya ke ibu kota, Nazuan “seperti rusa masuk kampung”. Bukan hajatnya untuk meninggalkan kampung. Nazuan hidup sebatang kara. Dia yatim piatu dan tiada sesiapa untuk menjadi tempat mengadu. Dia sudah malu untuk mengharapkan ihsan orang lain.
            Untuk mencari sesuap nasi, Nazuan bekerja di sebuah restoran. Dia terpaksa bekerja sepanjang hari. Berkat kerajinannya, dia berjaya mengumpulkan sejumlah wang. Dengan wang itu, dia mengusahakan sebuah gerai burger.
            Berbekalkan sikap peramah dan usahanya yang berterusan, perniagaan burgernya semakin maju, Nazuan tidak suka membazir. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pergedar daging burger .
            Impiannya telah menjadi kenyataan. Daripada menjadi pengedar kecil-kecilan, dia berjaya mengusahakan sebuah kilang kecil memproses daging burger. Dia menyimpan cita-cita untuk membuka kilang burger yang lebih besar lagi.
            Setelah bertungkus lumus selama sepuluh tahun……………..
  
Situasi
Pengajaran
1
sudah malu untuk mengharapkan ihsan orang lain

2
kerajinannya

3
dia mengusahakan sebuah gerai burger

4
sikap peramah

5
usahanya yang berterusan

6
tidak suka membazir

 7
bercita-cita / menyimpan cita-cita


Latihan 12
Tulis lima nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks di bawah.

Penduduk Kampung Muhibah hidup bagai aur dengan tebing. Jika ada majlis kenduri-kendara, mereka bermuafakat dan membantu tuan rumah yang mengadakan majlis tersebut.
            Ketika jambatan di kampung mereka runtuh, mereka membaiki jambatan tersebut. Mereka tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata. Mereka juga sentiasa mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan kampung. Mereka sedar bahawa rakyat yang sihat lahir daripada negara yang bersih.
            Selain itu, penduduk Kampung Muhibah juga menggunakan masa yang terluang untuk membuat kerja-kerja yang berfaedah. Ada yang bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, ada juga penduduk yang menjalankan perusahaan kecil seperti memproses ubi kayu dan menghasilkan kraf tangan daripada bahan terbuang. Kita patut mencontohi sikap penduduk Kampung Muhibah.

Situasi
Nilai murni dan pengajaran
1
bagai aur dengan tebing / bermuafakat / mengadakan gotong-royong

2
membantu

3
mereka membaiki jambatan

4
tidak mengharapkan bantuan

5
membersihkan kawasan kampung

 6
menggunakan masa yang terluang


Latihan 13
Tulis lima pengajaran  yang dapat diperoleh daripada jadual di bawah.

Waktu
Aktiviti
5.30 pagi
Bangun tidur dan mengemaskan tempat tidur
5.45 pagi
Mandi, solat dan memakai uniform sekolah
6.30 pagi
Sarapan
7.00 pagi
Pergi ke sekolah
7.30 pagi
Rutin membersihkan bilik darjah
7.45 pagi
Sesi pembelajaran bermula
1.30 tengah hari
Balik ke rumah, solat dan makan tengah hari.
2.15 petang
Ke sekolah agama atau melakukan aktiviti petang di sekolah.
5.00 petang
Balik ke rumah, beriadah, mandi dan minum petang.
6.30 petang
Rehat dan menonton televisyen.
7.30 petang
Solat dan makan malam.
8.30 malam
Solat, mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah
atau membaca buku fiksyen.
10.30 malam
Mengemaskan beg sekolah dan tidur.

Situasi
Pengajaran
1
mengemaskan tempat tidur

2
solat

3
Pergi ke sekolah

4
membersihkan bilik darjah

5
beriadah

6
mengulang kaji pelajaran, menyiapkan tugasan sekolah


Latihan 14
Tulis lima pengajaran yang kamu peroleh daripada teks di bawah.

Ibu meminta Fauzan pergi ke kedai runcit untuk membeli barang. Dia berjalan kaki walaupun dia mempunyai basikal. Fauzan seorang atlet olahraga. Dia berjalan kaki untuk mengekalkan kecergasannya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu lintas. Semasa hendak melintas Fauzan ternampak seorang buta ingin melintas jalan. Fauzan kasihan melihat orang buta itu. Dia pun memimpin lelaki itu menyeberang jalan. Fauzan menggunakan lintasan pejalan kaki semasa melintas. Fauzan memastikan tiada kenderaan yang lalu dengan memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas jalan. Apabila sampai di kedai runcit, Fauzan pun membeli barang yang telah dipesan oleh ibunya. Fauzan memastikan semua barang yang dipesan oleh ibunya telah dibeli. Dia melihat catatan yang telah dibuatnya. Setelah selesai, Fauzan terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada ibunya. Dia berasa gembira kerana dapat menolong ibunya. Ibu Fauzan mengucapkan terima kasih kepada Fauzan.




Situasi  
Pengajaran
1
berjalan kaki untuk mengekalkan kecergasan

2
berjalan dibahu jalan dan menentang arus lalu lintas

3
kasihan / memimpin lelaki itu

4
menggunakan lintasan pejalan kaki semasa melintas

5
memastikan semua barang yang dipesan oleh ibunya telah dibeli

6
memulangkan baki wang kepada ibunya


Latihan 15
Tulis lima pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun di bawah.

                        Burung kenek-kenek,                                      Burung kenek-kenek,
                              Hinggap di atas dahan;                                     Hinggap di atas pagar;
                        Pesan datuk nenek,                                          Pesan datuk nenek,
                               Patuh perintah Tuhan.                                          Rajin-rajinlah belajar.                    
    
                                                            Burung kenek-kenek,
                                                                             Hinggap tepi perigi;
                                                            Pesan datuk nenek,
                                                                   Bangunlah pagi-pagi.                                                                              
                                                     
                        Burung kenek-kenek,                                      Burung kenek-kenek,
                              Hinggap di pohon kelapa;                                Terbang tinggi di awan;
                        Pesan datuk nenek,                                          Pesan datuk nenek,
                              Patuhilah ibu bapa.                                          Pandai-pandailah cari kawan


Situasi
Pengajaran
1
Patuh perintah Tuhan

2
Rajin-rajinlah belajar

3
Bangunlah pagi-pagi

4
Patuhi ibu bapa

5
Pandai-pandailah cari kawan


Latihan 16
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada pantun di bawah.

                Tanam ciku di tepi jalan,                             Buah mangga enaknya rasa,
                         Tanam belimbing di luar kota;                     Ditanam bersama buah delima;
                Tekun dan usaha jadikan amalan,                Sungguh rajin petani di desa,
                         Barulah maju negara tercinta.                      Hasil dituai dinikmati bersama.

                Buah duku berguni-guni,                             Pohon seruntun, pohon markisa,
                          Manisnya sungguh tidak terkira;                 Segar sentiasa sirih junjungan;
                Tidak kulupa jasamu petani,                        Mengerah tenaga, tak kira masa,
                          Berkorban tenaga untuk negara.                 Pengorbananmu tuan jadi sanjungan.

Situasi
Nilai murni
1
Tekun

2
Usaha jadikan amalan

3
Sungguh rajin petani di desa

4
Tidak kulupa jasamu petani

5
Pengorbananmu tuan jadi sanjungan




Latihan 17
Tulis lima nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam lagu di bawah.   

Insaflah Diri
              Tidaklah rugi berhati-hati,                                  Marilah kawan kita ikuti,
              Waras fikiran amalan murni,                               Peraturan lalu lintas jangan ingkari,
              Bertanggungjawab berhemah tinggi,                Kalau peraturan tak dipatuhi,
              Semua pengguna kita hormati.                             Akan sesali diri sendiri.

              Di dada akhbar kita amati,                                   Panas baran jangan turuti,
              Tragedi menimpa setiap hari,                               Itulah sikap membawa rugi,
              Mengapa ini harus  terjadi,                                   Orang tersayang kita ingati,
              Akibat sikap tidak peduli.                                   Tidak kecewa keluarga menanti.

Situasi
Nilai murni dan pengajaran
1
berhati-hati

2
Bertanggungjawab berhemah tinggi

3
Peraturan lalu lintas jangan ingkari

4
Panas baran jangan turuti

5
Orang tersayang kita ingati


Latihan 18
Tulis lima pengajaran  yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah

            Seman leka memerhati seorang lelaki tua yang sedang duduk di kaki lima sambil menadah tangan. Orang yang lalu-lalang di situ langsung tidak mempedulikan lelaki tua itu. Hanya segelintir sahaja yang sudi memberi sedekah. Dia berasa kasihan akan lelaki itu.
            Berbagai-bagai persoalan bermain dalam fikiran Seman Ke manakah anak lelaki tua itu? Jika ada, mengapakah ada anak yang sanggup membiarkan ibu bapanya hidup melarat dan merempat ? Tiba-tiba , bahu Seman dipegang oleh seseorang. Seman berasa sungguh terkejut.
            Melihat Seman terkejut, Munira rakan sekelas Seman pantas meminta maaf. Seman tersenyum dan menjelaskan apa yang sedang diperhatikannya. Munira berasa terharu mendengar cerita Seman. Selepas ini, dia tidak akan memandang jijik terhadap pengemis lagi.

Situasi
Nilai murni
1
tidak mempedulikan lelaki tua itu

2
memberi sedekah

3
berasa kasihan

4
mengapakah ada anak yang sanggup membiarkan ibu bapanya hidup
melarat dan merempat

5
meminta maaf

6
tidak akan memandang jijik terhadap pengemis lagi


Latihan 19
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah

Sang Arnab dan Sang Kura-kura menyertai pertandingan larian. Sang Kancil telah dilantik menjadi pengadil. Sang Arnab amat yakin akan memenangi pertandingan tersebut kerana Sang Arnab berlari pantas.
            “Aku pasti dapat mengalahkan Sang Kura-kura dengan mudah sahaja,” katanya dengan penuh bangga. Pada hari yang dinantikan, semua haiwan di dalam hutan keluar untuk menyaksikan pertandingan tersebut.
            “Satu, dua, tiga….” jerit Sang Kancil. Pertandingan larian pun bermula. Sang Arnab berlari dengan pantas meninggalkan Sang Kura-kura yang berjalan perlahan-lahan di belakang. Di pertengahan jalan, Sang Arnab berasa mengantuk. Dia mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Dia tahu bahawa Sang Kura-kura pasti tiba lewat. Tanpa disedarinya, hari telah pun petang. Dia terus berlari menuju ke garisan penamat namun malangnya, Sang Kura-kura telah memenangi pertandingan tersebut . Sang Arnab berasa malu kepada Sang Kura-kura. Akhirnya, Sang Arnab meminta maaf kepada Sang Kura-kura kerana memperkecilkan kemampuannya.





Latihan 20
Tulis beberapa pengajaran dan nilai murni  yang dapat kamu peroleh daripada dialog di bawah ini.

Sabtu       :   Semalam kamu tidak hadir. Kamu sakit ya ?
Isnin        :   Semalam jiran saya , ayah Taufik , murid kelas 6 Cempaka meninggal dunia.Ayah saya        
                    tidak sempat  tidak  menghantar saya kerana sibuk menguruskan jenazah ayah Taufik. 
Sabtu        :    Kalau budak Taufik yang aktif bola sepak tu, saya kenal sangat. Apakah penyakit ayah Taufik?
Isnin        :   Ayah Taufik menghidap  darah tinggi. Kasihan saya mengenangkan keluarga Taufik. 
                    Ibunya tidak begitu sihat. Ayahnya pula meninggal dunia. Saya bersama penduduk taman
                    perumahan telah mengutip derma sebanyak RM 888.88.
                    Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan tanggungan Taufik sekeluarga.
Sabtu       :   Saya akan berbincang dengan ayah saya untuk membantu keluarga taufik . Hidup  kita perlu
                    seperti aur dengan tebing. Orang susah mesti kita bantu.
Isnin        :   Ada kerja sekolah cikgu beri ?
Sabtu       :   Ada. Nanti saya tunjukkan


Latihan 21
Tulis beberapa pengajaran yang  dapat kamu peroleh daripada dialog di bawah ini.

Khamis    :   Kamu nampak kepulan asap di hujung kampung sana ?
Jumaat     :   Nampak . Sudah tentu orang bakar sampah. Pembakaran secara terbuka boleh merosakkan
                      alam sekitar   Perbuatan mereka sudah keterlaluan. Kita patut laporkan kepada Jabatan Alam
                    Sekitar.
Khamis    :   Betul kata kamu. Sesetengah masyarakat pula menebang kayu balak tanpa keizinan.
                    Pokok yang ditebang pula tidak ditanam semula menyebabkan berlakunya hakisan.           
Jumaat     :   Kita berdua tiada telefon bimbit, manakala telefon awam pula sudah rosak .
Khamis    :   Ini satu lagi sikap negatif masyarakat. Menyusahkan orang sahaja. Kalau macam ni, elok kita
                    pulang dan beritahu ayah kita.
               
Latihan 22
Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada dialog di bawah ini.

  Aman      :   Kamu tak berlatih petang ini ?
Amin       :   Saya tetap berlatih selepas selesai menyiapkan kerja sekolah yang guru beri.
                    Walaupun saya aktif  dalam sukan, pelajaran tidak mahu saya abaikan.                    
Aman       :    Bukankah tahun lepas kamu olahragawan sekolah ? Tak payah berlatih pun mesti menjadi juara
Amin        :    Kita tidak boleh angkuh .Jika saya tidak berlatih, larian saya tidak sederas dahulu. Lagipun aktif
                    dalam sukan boleh menyihatkan badan. Saya menganggap penyertaan dalam olahraga sebagai
                    aktiviti yang menyeronokan,  itulah saya tidak rasa tertekan.
Aman      :   Pelajaran kamu juga cemerlang. Apakah rahsianya ?
Amin       :   Pada saya, untuk berjaya dalam pelajaran, ketika guru mengajar, perlu memberi  tumpuan
                 sepenuhnya.Kelas  tambahan perlu diikuti untuk mempercepat pemahaman terhadap apa yang
                 diajar.
                             
Latihan 23
Tulis lima pengajaran yang dapat anda perolah daripada petikan di bawah ini.

            Ayah dan ibu membawa nenek dari kampung. Nenek tidak sihat. Semua orang gembira kerana nenek akhirnya mahu datang ke rumah. Tetapi, Lela tidak gembira. Dia tidak suka  akan nenek yang tua dan selalu batuk-batuk  itu. Bagi Lela, kedatangan nenek hanya akan menyusahkan keluarganya saja. Sepanjang nenek berada di rumahnya, Lela langsung tidak menegur nenek. Walaupun nenek tahu Lela tidak suka kepadanya, namun nenek tetap melayan Lela dengan baik dan mesra.
            Suatu hari, Lela muntah-muntah dan demam panas ketika di sekolah. Guru kelas Lela menghantar Lela pulang ke rumah. Kebetulan pula pada hari itu, ayah dan ibu bertugas  di luar daerah. Hanya nenek yang berada di rumah. Neneklah yang merawat Lela sehingga suhu badan Lela kembali pulih. Nenek juga yang
menjaga Lela sehingga ayah dan ibu pulang. Lela berasa sungguh malu atas sikap buruknya terhadap nenek.

Latihan 24
Tulis lima pengajaran yang dapat anda peroleh daripada puisi di bawah ini.